mama.nur rania.ayah

mama.nur rania.ayah

Wednesday, May 23, 2012

Nur Rania seorang kakak...

Nia anak sulung mama...nia kakak...dlm dakapan saat mama menaip skrg ni adalah adik...sgt ringan di mulut dan dekat di hati mama dan ayah memangilnya adik...kerana dia adik kakak nia...dia adik...adik seorg kakak yg dia tidak berjumpa, tp sgt dia kenal...

Terima kasih Ya Rabb melantik nia syg mama sebagai kakak...lama mama pause kan blog ni, kerana yg lebih hak utk mama kongsikan tentang syg mama adalah adik kakak nia di dalam rahim mama ketika itu...setiap hari, sepanjang masa, mama bercerita pd adik tentang kehebatan kakak Nia...tentang segala-galanya...dan adik lahir dgn penuh kecintaan pada kakak Nia...

Indahnya kuasaMu...segalanya sgt mirip, sgt iras, biar pada raut, baik pada sifatnya... Amal Ashraf,adik kakak Nur Rania...Terima Kasih Allah kurniakan mama Nur Rania &Amal Ashraf...
adik kakak nia

kakak adik amal

Monday, September 12, 2011

nia mama syg penuh pesona..

nia dgn Allah...mama pun dgn Allah...nia dgn mama sentiasa...
kita semua bersama Allah kan syg..Syg mama...terima kasih Ya Rahman, melantik mama merasai kenikmatan utk kali ke3...Allah memberikan mama lebih dari orang lain kerana Allah sangat sygkan kita kan syg...syg mama..ini entry yang terakhir utk seketika...cerita mama dan syg mama tidak akan berakhir kerana Allah kurniakan sesuatu yang sgt hebat utk kita terus menikmati kasih sayangNya tanpa tolok bandingnya...Allah kurniakan sesuatu yang lebih hebat, yang akan lebih mengenali Nur Rania, yang akan sentiasa mendoakan Nur Rania, yang merasai kasih sayang nia kesayangan mama seolah mereka sgt biasa tidur, main, mandi, gaduh bersama...dan mama pastinya akan menyemi kasih mereka mulai sekarang...kerana buat masa ini kesayangan mama di sana dalam jagaan Allah, mama di sini dijaga Allah dan dia di situ bersama Allah...kelak kita semua pasti bersama Ya Rahim di mahligai terindah itu...segala tentang kesayangan mama Nur Rania lebih arif untuknya selepas ini...kepada semua readers mahupun silent readers blog nur rania anugerah terindah ni, terima kasih diatas doa dan kasih sayang semua untk kesayangan mama, Nur Rania sy anugerah terindah dr Ya Rabb utk sy, dan utk anda semua...

Sunday, September 4, 2011

RANIA segalanya terindah...

bibir manis yang sedang senyum simpul di sana...

syg mama Nur Rania yg sgt pesona...biarlah hari raya berlalu dan mama kembali rutin ke ofis...kerana tiada cerita hari raya yang mama nak coret di sini...syg mama setiap hari pun hari raya di sana kan...baru-baru ni kakak dina tanya, kat syurga tmpat nia ada sungai x angah? mestilah ada...syurga yang mengalir indah di bawahnya sungai yg sgt indah...nia yang indah tentu disedia Allah segala yang terindah...dina pun nak masuk syurga la angah...nak tgk mainan apa yang nia main kat sana...kakak auni pun ckp nak masuk syurga tmpat nia...kakak auni nak ajak papa dia sekali, tapi muat ke? bayangan kakak auni syurga 2 kecik,muat utk nia je...syurga sgt bsr, sgt indah la kakak auni....tak tercapai dek akal mama nia nk cerita kebahagiaan nia 2, tp ketenangan dan kebahagiaan hati mama melalui hari-hari tanpa nia di depan mata cukup bukti Allah betapa nia sgt sempurna dlm jagaanNya...6 bulan yang berlalu yang dirasakan org lain sudah lama dan sudah terlupa...tp bagi mama syg, masih terasa-rasa nia gigit nenen mama penuh kasih dan sayang...seperti baru semalam mama mencium nia buat kali pertama kita bertemu...dan seperti tadi mama mandikan nia buat kali terakhir....
mungkinkah mama yang tidak alert berlaku perubahan pada mama melalui hari-hari tanpa nia di sisi membuat org lain kecil hati, tersinggung dan memarahi mama...sbb lagak lakon mama, mama fikir mama cuba bawa watak sebaik mungkin tersenyum dan bersembang itu dan ini seolah tiada apa yang bersarang dlm hati...itu azam mama, tiada perkongsian negatif yang mama nak share dgn org lain...kerana yang negatif 2 membayangkan nia tiada...sedang nia sentiasa bersama mama, tanpa berenggang sesaat pun...cerita nia sentiasa segar dikalangan pencinta nia yang positif...terima kasih semua pencinta nia, penguat semangat mama...di sana nia menanti kita dengan senyum simpul....comel sgt....

Friday, August 19, 2011

sbb...nia kan anak mama....

Tertulis di tapak tgn kecil itu nia bidadari syurga....

Syg mama Nur Rania yang teramat sgt mama rindui....perkataan rindu x pernah sekalipun mama sebut selain di sini...kerana sgt berat, sgt sarat, teramat sgt...biar mama simpan, kerana rindu yg sgt amat yg sdg kita tanggung ni syg bukan rindu biasa, bukan rindu tersia, rindu yg sgt pasti akan terubat, rindu yg sgt cantik akan bertemu, 2 janji Allah utk kita syg...

mereka bergembira di sarang buatan mama n ayah 2 syg...agak lama mama burung 2 diam eramkan telurnya...teringin sgt mama nak panjat tgk brapa biji telur, tp desakan membuatkan mama burung 2 lebih selesa, mama sering sembang dr bawah je...br2 ni dh menetas, 2 ekor anak2nya...sgt bahagia...setiap pg mama nk g ofis, mesti mama burung 2 xde, tinggal nak2 je...g cari makanan barangkali...ptg bila mama blk keje, mereka 3 beranak bermain,bergembira...besarnya rahmatMu Ya Allah...bukan mama xpernah menyaksikan moment sebegini..tp yang bezanya suatu ketika dulu mama saksikan dengan mata hati...kali ni mama saksikan dengan kasih sayang Ilahi...sejak 2 3 hari ni mereka dah xde di sarang kat umah kita 2...kerana 2ekor comel 2 dh blh terbang slps beberapa kali sesi training mama tgk....alhamdulillah, pergilah syg...pergilah terbang....mama burung, rahmat Allah sentiasa ada utk kita...

hari ni mama kembali lagi ke lobby OUM, setia menunggu ayah berjuang exam final....mama ditemani 3 beradik perempuan yang mmg xhiraukan mama pun, sdg sgt fokus main game, sekali2 disulami gaduh2 kecik rebut laptop 2....adik bongsu cakap laptop ni laptop adik....kakak2 ckp laptop abah la...adik kata, adik kan anak abah, laptop ni adik punya la....mamania setuju syg....laptop 2 adik punya sbb adik kan anak abah....dan syg mama yg sentiasa membahagiakan mama pasti akan berkata, mama n nia xpernah terpisah, sbb nia kan anak mama....ya syg....nia dlm jagaan Maha Penyayang, Maha Pengasih....sgt bahagia di sana...

Wednesday, August 3, 2011

Syg mama, Ramadhan ini yang terindah....


kalau nyenyak tidur...mulut mesti mcm mulut ayah syg mama ni....

Assalamualaikum syg syurga mama....
syg berRamadhan bersama Allah di sana...thn lps bersama mama syg kan...kat tmpat nia ni bahagia sgt mama,mama tau syg...mama tau....anak mama mesti dapat yang terbaik dr Allah, sbb anak mama kesayanganNya...

berkali-kali mama cuba menulis di sini sejak Ramadhan ni, tp sgt tewas sbnrnya...tp, petang td sempat mama berkongsi rasa dengan Ibu Arissa, yang meluah sesuatu yg sgt tepat dgn perasaan mama sbnrnya...Ibu Arissa kt Ramadhan ni ingatan pd Arissa bertambah kuat...ye...itulah jg yg mama rs syg...kalau di hari-hari lain sejak 5 bulan ni ingatan mama hanya pd nia, tp sejak ramadhan ni ingatan mama hanya pd niaaaaa syg mama...ada ke perumpamaan utk mama nyatakan berapa banyak ingatan mama pd nia...tak ada...mama xjmpa...daripada meluah benda yang xsampai, biar mama simpan dlm hati...sempat kami sembangkan hajat hati kami nia dan arissa saling menjaga dan bermain di sana kerana di sini mama dan ibu arissa saling menjaga walaupun kami xpernah bersua, xkenal paras rupa, tp kami sgt terasa hati kami sgt dekat...Nadia, terima kasih berkongsi kasih dan sayang bersama mama nia...biarlah kita diperkenalkan mereka di sana...Arissa, ni la mama nia...kakak nia, ni ibu Arissa....

kadang-kadang mama bayangkan Allah nyenyakkan nia, kelak nia terjaga,bukak je mata, terus nampak mama...nyenyak betul anak mama tdur kan....Allah selamatkan nia dari segalanya...bahagianya hati mama anak mama dianugerahkan Allah jalan lurus ke syurga....dan mama akan dukung syg mama, suapkan susu yang Allah simpankan utk nia dlm bdn mama ni...susu yg mama cuba nk suapkan nia hari 2, rupanya nia dan tertidur...susu yang setiap hari mama picit selama 5 bulan ni, ada syg, ada...kalau satu hari nanti kering pun, Allah pasti akan anugerahkan kita lagi nanti...Ya Allah, kelak nia terjaga, akulah yang menyambutnya....Ramadhan ini Ramadhan yang sgt rahmat...terima kasih Ya Wahhab, Ya Qayyum....ku mohon hidayahMu, rahmatMu, kasih sygMu kerana Kau sebaik pengadu....yg dulu aku lalai, sgt lalai, maafkan aku....tetapkan hidayah yg sgt manis ini, kerana cinta ini paling indah yg pernah aku rasa....terima kasih Ya Allah, ingin bertemuMu di sana, bertemu RasulMu, dan Nur Rania anugerahMu...

Saturday, July 23, 2011

Selamat Hari lahir syg mama.Cinta dari syurga...

24 Julai 2010...setahun berlalu yg sgt manis...

Allah simpan Nia utk mama...sbb 2 dalam hidup mama, Allah x berikan waima sekali pun peluang menyambut hari lahir syg mama di dunia kerana Allah dh standby tempat terindah untuk kita celebrate nanti...lgsg xterbanding dgn apa yg ada di sini...setahun yg lalu pd ms mama menaip ni 6.37am, mama sdg berjuang nikmat melahirkan kurniaan Allah...9jam mama dlm labor room 2, Allah kurniakan mama nikmat sakit yang sgt lama kerana yang bakal mama lahirkan 2 bkn seperti biasa, tp bidadari syurga yang telah Allah tuliskan untuk Nia...Allah takdirkan utk mama lahirkan nia caeserean, kerana parut yg melintang ni selama2nya dgn mama, xkan hilang, xkan pudar pun...kerana dr pintu parut 2 la syg mama keluar dr rahim mama dan merekot atas dada mama...7.58 am saat pertama kita bertentang mata walaupun sbnrnya cinta mama pd nia dr saat nia bersemi dlm rahim mama lg...nia terkelip2 pandang mama...mama pun hanya mampu memandang nia...itulah detik permulaan mama dan nia akan saling menatap...syg mama mmg akan memandang tepat ke mata siapapun yang memanggil nia...dgn mata yg sgt cantik...sekilas kata-kata mak nia ms mula2 mama kenalkan nia kat dia, mata bdk ni x  mcm org biasa...btl kata mak nia 2, matanya, wajahnya, bdnnya, dan segalanya2 adalah bidadari...

Terima kasih Maha Pemberi Kurnia, mengurniakan Rania kepada mama....seindah kejadian, secantik insan, secuci perjalanan...genap setahun mama di lantik Allah sebagai mama, bukan perjalanan seperti 28tahun sebelum ni,,,,tp 1 tahun yg sgt bermakna, yg sarat dengan cinta,yg sgt manis dgn rindu, yg penuh airmata syukur, penuh doa, segalanya kerana Allah...tahun-tahun sebelumnya yg mama rs sgt jauh, sgt lalai, sgt noda...Allah kurniakan kehebatan Rania utk mama...utk mama kenal segalanya...seperti bertatih mama menjadi mama nia...segalanya br mama nk belajar...hebatnya Ya Allah anugerahMu ini...mama tahu ini yang terbaik utk kita syg...saat genting perpisahan kita sementara, yang mama doakan , mama harapkan, Allah berikan yang terbaik utk nia....pasti inilah jalannya....Allah kabulkan utk mama...mama xmau nia hadapi kesakitan, mama mintak sesuatu dr ayah, redha....kerana mama dan ayah sgt menyayangi nia kerana Allah, redha adalah yang terbaik utknya...dan bila ayah angguk setuju dgn permintaan mama, nia sgt tenang ke syurga...itu yang terbaik yang mampu mama n ayah lakukan utk nia...beban rindu ini mama, ayah, kakak dyna, abg muish, tok, tok wan, achik, a u, maklong, paklong, kakak auni, mak nia, nenek, atuk, makngah, ibu iman, ummi aqil, ibu kembar terasa manis kerana Allah...terima kasih menyayangi anakku Nur Rania...nia bukan cinta biasa kita, nia cinta syurga....

Wednesday, July 13, 2011

Nia terindah bersama Yang Maha Indah...

nia terindah dunia dan di syurga....

syg mama Nur Rania...anak mama bersih...anak mama sgt suci...alhamdulillah kesayangan mama sgt tenang dlm rahmatNya...perjalanan mama sehari2 bertemu dan memerhati itu dan ini, mama ucap syukur anak mama selamat dari secalitpun kekotoran dunia...banyaknya dugaan, cabaran perjalanan hidup, yang byk tumbang iman semakin mendabik dada megah...hakikatnya kemenangan syaitan yang diperjuangkan 2...syukur Ya Allah, anakku sgt selamat, tak terusik, takkan terjentik, anakku bebas dr ngerinya dosa dunia...sedikit yang mama kongsikan bersama mama aminah tatkala hati mama sgt tersentuh menjadi pemerhati...nia dan aminah selamat dr kejahatan dunia kan kak....mama aminah angguk...dan mamanya yang perlu kuat...Terima kasih Ya Rahman....ini rahmatMu utkku, bukan bala....dugaan rindu ini pastinya mama sgt redha kerana Rania kesayanganku lebih kesayanganNya...kerana sygku pdMu melebihi segalanya...terima kasih atas kurniaan Nia  terindah, terima kasih membelai kami Ya Allah...yang terindah bersamaMu Yang Maha Indah...

kakak Auni kesayangan kita syg...
pg2 td syg, mama tolak je sliding door 2, riuh rendah burung kat porch umah kita 2...dh bercouple skrg, patut la riuh...ada mama burung dan ayah burung...telur yg ari 2 dh pecah, xkan ada ganti...Insyaallah yg akan ada adalah penggenap mereka....berbunga2 riang hati mama tgk...dengan izin Allah dan kekuatan Rasulullah, akan ada penggenap kasih syg kakak nia suatu hari nanti utk mama nyanyikan lagu kegemaran syg mama, Rasulullah....minggu lps Auni Safiyyah lahir...baby kakak Auni Fatihah...kakak yg mama xkan mampu bls kasih sygnya...kakak yg sgt menyayangi nia....kakak auni selalu tgk baby nia mandi sehingga mandi nia yang terakhir kini akan sentiasa menyayangi baby pia....Kakak Auni utusan Allah utk kita syg kan...kasih dan syg kakak auni xkan mampu mama nia bls, hanya Allah yang Maha Mengetahui.....